Monday 21 May 2012

keramat kucing...

suatu masa dulu, pernah saya diberitahu oleh arwah bapa,..kucing punya 'keramatnya'... jika hujan ribut turun dengan lebat, perhatikan perwatakan kucing...jika dia menunjukkan tanda-tanda resah, itu langkah berjaga-jaga, justeru...awas, bersiap siaga. Sesudah itu, jika dia menghambur keluar dari rumah..dalam ilmu 'nujum' dunia kucing...ia membawa petanda buruk boleh berlaku...jadi, boleh saja anda cabut keluar kerana dibimbangi rumah anda tidak lagi selamat untuk didiami...sikap kucing yang resah juga boleh difahami sebagai rumah akan dimasuki pencuri...bersedialah! Ya,..kepada saya tentunya kucing bukan sekadar haiwan peliharaan yang manja...anda, bagaimana?

Monday 7 May 2012

maine coon

maine coon...kucing ni nampak eksotik coz bulu kt leher panjang macam singa....garang sket...grr

price : 3500.00
age   : 3 ys
male
weight : 5 kg
free gift

Sunday 6 May 2012

cerita pasal kucing

Ada seekor burung merbah bersarang di atas sepohon pokok rendang.Bila pagi ia pergi mencari makan, ketika petang baharulah ia pulang. Begitulah yang dilakukan setiap hari.

        Pada suatu hari ketika keluar mencari makan, burung merbah itu tersesat jalan. Ia tidak dapat cari jalan pulang.

        Pada ketika itu juga seekor burung muraisedang mencari bahan-bahan untuk membuat sarang. Ketika mencari-cari, ia terjumpa dengan sarang burung merbah itu.

        “Eh!! Ini ada sarang burung kosong. Kalau macam ini tak payalah aku membuat sarang baru. Baik aku gunakan sahaja sarang ini, “ fikir burung murai. “ Bagaimana dua hari lagi, kalau tuannya masih tak ada, aku akan jadikannya hak aku.

        Setelah ditunggu sampai dua hari, burung merbah tidak juga pulang, burung murai pun menggagap sarang itu adalah haknya.

        Tetapi keesokkan harinya burung merbah pun pulang. Ia terperanjat mendapati burung murai berada di sarangnya.

   Wahai sang mirai, kenapa engkau tinggal dalam sarang aku?” marah burung merbah.”Siapa kata sarang engkau. Ini sarang aku, bukannya sarang engkau!” jawab sang murai.

          “ Kalauu bukan sarang aku masakan aku berani mengaku. Tolonglah keluar dari sini, aku hendak berihat. Aku telah penat terbang kesana kemari kerana tersesat jalan. Hari ini barulah dapat cari jalan pulang,” beritahu burung merbah.

            Namun burung murai masih tidak mahu keluar dari sarang itu. Katanya sarang itu kepunyaannya. Oleh kerana masing-masing tidak mahu mengalah, mereka pun  sepakat hendak mencari hakim untuk memutuskan sarang itu kepunyaan.

           “Siapakah yang layak menjadi hakim untuk menyelesaikan masalah kita ini?” Tanya burung merbah. “ Aku fikir baik kita pilih sang kucing,” jawab burung murai.

           Mereka pun pergilah berjumpa sang kucing. Ketika itu sang kucing sedang berehat diatas sebatang kayu. “Wahai sang kucing tolonglah tuan jadi hakim kepada kami bedua,” kata burung merbah. “Apakah masalah kamu berdua?” tanya sang kucing.
 
          “Saya ada sebuah sarang.Bila pagi sarang itu saya saya tinggal untuk mencari makan.Waktu petang baharulah saya pulang.Pada suatu petang ketika hendak pulang,saya tersesat jalan.Hingga empat hari baharulah dapat pulang.Bila sampai ke sarang,saya dapati sang murai sudah berada didalamnya dan ia mendakwa sarang itu haknya,” beritahu burung merbah.

         “Engkau pula bagaimana sang murai?” tanya sang kucing. “Pada suatu hari sedang saya mencari bahan-bahan  untuk membuat sarang, saya terjumpa sebuah sarang.Saya tunggu sampai dua hai, tuan sarang itu masih juga tak ada.Jadi pada hari yang ketiga saya anggap sarang itu tak bertuan lagi.Tiba-tiba burung merbah pulang dan mengaku sarang itu haknya,” beritahu burung murai.

        “Aku telah dengar dakwaan kedua-dua belah pihak.Untuk mengambil keputusan aku terpaksa mengambil masa dua malam. Malam ini giliran sang merbah tidur di dalam sarang itu.Dalam tidur ia akan bermimpi dan mimpi itu akan memberitahu  kepunyaan siapa sarang itu.Malam seterusnya sang murai pula tidur dan bermimpi yang sama.

         Hilanglah kisah kedua-dua ekor burung itu dimakan oleh sang kucing yang bertindak sebagai hakim yang curang.